PENGENALAN

    Buku teks dalam pembelajaran merupakan bahagian penting dalam proses pengajaran bilik darjah kerana ia mengandungi maklumat, fakta dan pelbagai topik yang dijelaskan secara terperinci dalam dokumen kurikulum pendidikan (Leslie, 2005). Lahirnya insan yang berpendidikan dan berkebolehan di Malaysia untuk bersaing pada skala global (KPM 2016). 

 

 Matlamat utama buku teks diwujudkan adalah sebagai panduan kepada para pelajar untuk memahami mata pelajaran yang dipelajari dengan lebih jelas berdasarkan buku yang dirujuk. 


KONSEP


•Asas ilmu

Kandungan buku teks hendaklah mempunyai asas ilmu untuk sesuatu subjek .


•Sumber

Buku teks sebagai satu sumber bagi kegunaan murid dan guru dalam memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.


•Motivasi

Kandungan buku teks hendaklah mampu memberi motivasi untuk pelajar seperti pengajaran,nilai murni dan sebagainya. 


•Maklumat

Buku teks digunakan sebagai sumber maklumat berkenaan mata pelajaran atau dalam sesuatu bidang yang tertentu.


•Wadah

Buku teks adalah wadah atau rujukan kepada pelajar untuk mendapatkan ilmu dalam proses pembelajaran dan boleh digunakan di mana-mana sahaja.


•Refleksi Sosial

Bahan atau aktiviti yang terdapat dalam buku teks hendaklah mempunyai nilai yang dapat diterapkan dalam diri pelajar.


•Terjemahan Pemikiran

Buku teks berperanan untuk menterjemah kurikuium ke dalam bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar.


SUMBER BUKU TEKS


•Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.


 Matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu meliputi kompenen intelek, rohani, emosi dan jasmani.


•Kurikulum kebangsaan


Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi rohani, jasmani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. 


•Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran


Dokumen rasmi tentang pelaksanaan pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum,pembelajaran dan pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan yang menjelaskan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi untuk pelaksanakan pengajaran dan pembelajaran.




PRINSIP ASAS REKA BENTUK BUKU TEKS


FALSAFAH

Hasil pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai soalan dari pelbagai sudut dan melihat gambaran besar yang menyentuh persoalan tentang pendidikan yang dihasratkan.


PSIKOLOGI


Kajian saintifik mengenai tingkah laku dan proses mental dan bagaimana memahami manusia melibatkan fizikal, mental, perwatakan individu, emosi, pembelajaran dan motivasi.


Sosiologi

Kajian saintifik tentang masyarakat daripda pelbagai sudut melibatkan interaksi sosial dan organisasi.


Teknologi

Satu konsep yang melibatkan ilmu pengetahuan dan cara teknikal yang diaplikasikan oleh manusia untuk meningkatkan tahap persekitaran.


Pedagogi

Kajian mengenai kaedah dan prinsip mengajar meliputi proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.


Penilaian

Cerminan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara.


(a) Urutan 

Susunan Isi kandungan buku teks menekankan ketertiban bermula daripada mudah kepada sukar.


(b) Kesinambungan

 bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia pelajar.


(c) Integrasi

 menetapkan pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran bermakna dan menyeluruh. 

 Contohnya: Integrasi dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum iaitu bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan.


(d) Imbangan

Isi kandungan perlu dipilih, disusun dan disesuaikan mengikut tahap dan keperluan sukatan pelajaran supaya seimbang dari segi berat, tarikan dan tumpuan. 


(e) Skop

Prinsip skop berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajar menguasai kandungan mngikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif. Isi kandungan buku teks harus meliputi aspek intelek, rohani dan emosi pelajar untuk melahirkan insan yang seimbang. harmoni dan berakhlak mulia


(f) Kontra

Kontra berlaku apabila penggunaan beberapa elemen yang bertentangan dalam buku yang menimbulkan kesan dalam memberikan daya tarikan. Kontra menonjolkan sesuatu yang menarik perhatian pembaca bagi menyampaikan mesej dengan lebih berkesan 


(g) Tekal

Reka bentuk perlu tekal keseluruhan agar membantu pembaca memahami isi kandungan buku. Isi Buku perlu tetap dan konsisten untuk menjaga kualiti buku


(h) Perkadaran

Perihal berkadar atau perimbangan yang mengikut kadar dan konsep nisbah yang serupa dipindahkan pada peringkat umur, pola yang lain masih tetap berhasil


(i)Mudah

Susunan kandungan mengikut tahap umur dan kesukaran yang bermula dari mudah ke sukar



KEPENTINGAN BUKU TEKS

MAKLUMAT

Buku teks menjadi dokumen rujukan dan nota khusus mengenai sesuatu hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisisan untuk pengguna.


ILMU

Penyebaran ilmu pengetahuan yang berkaitan hakikat semua benda dan ilmu yang tidak diragui.


PENGENALAN

Buku teks menceritakan permasalahan dan penyelesaian. Pengalaman pembelajaran diperolehi interaksi antara murid dan keadaan persekitaran.


PEMIKIRAN

Proses mental mengembangkan individu secara menyeluruh meliputi intelek, emosi, rohani dan jasmani. 


INTERAKTIF

Penyampaian maklumat yang berterusan antara bahan media pengajaran dan pembelajaran menarik minat pembaca. 


BAHAN

Guru dapat memilih, membina dan menggunakan bahan yang berkesan ke arah memandu pelajar memahami isi kandungan dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Bahan grafik merujuk kepada semua jenis unsur isual yang menyokong teks untuk menjadikan mesej lebih jelas dan menarik


NILAI

Sesuatu yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, sahsiah dan perlakuan yang memberikan teladan kepada pembaca. 


Teknik Menggunakan Buku Teks Sebagai Sumber Bacaan

Buku teks boleh digunakan sebagai sumber sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. 

 Penggunaannya mestilah bermatlamat, berfokus dan dirancang dengan rapi.

 Oleh itu terdapat beberapa teknik membaca yang betul dan berkesan yang bolehi dilaksanakan secara sistematik.


SQ3R

Survey - Tinjauan ( Membaca sepintas lalu)

Question - Soal (Bertanya kepada guru)

Read - Membaca secara aktif dan teliti

Recite - Imbas kembali apa yang dipelajari 

Review - Baca Semula bahan bacaan secara pantas.


KWLH

Know - Pengetahuan sedia ada 

Want - Mahu diketahui 

Learned - Apa yang dipelajari 

How - Bagaimana pelajar dapat mendapatkan maklumat lanjutan 


TUJUAN


i. Pelajar dapat menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan teks yang diberi untuk proses pembelajaran.

ii. Pelajar dapat menentukan sendiri apa yang mereka peroleh daripada teks yang disediakan dalam proses pembelajaran.

iii. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain. 

iv. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan.

 v. Pelajar berkebolehan menyimpan maklumaat dalam ingatan jangka panjang. 


vi. Pelajar dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

Comments