Posts

PENGENALAN      Buku teks dalam pembelajaran merupakan bahagian penting dalam proses pengajaran bilik darjah kerana ia mengandungi maklumat, fakta dan pelbagai topik yang dijelaskan secara terperinci dalam dokumen kurikulum pendidikan (Leslie, 2005). Lahirnya insan yang berpendidikan dan berkebolehan di Malaysia untuk bersaing pada skala global (KPM 2016).     Matlamat utama buku teks diwujudkan adalah sebagai panduan kepada para pelajar untuk memahami mata pelajaran yang dipelajari dengan lebih jelas berdasarkan buku yang dirujuk.  KONSEP •Asas ilmu Kandungan buku teks hendaklah mempunyai asas ilmu untuk sesuatu subjek . •Sumber Buku teks sebagai satu sumber bagi kegunaan murid dan guru dalam memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. •Motivasi Kandungan buku teks hendaklah mampu memberi motivasi untuk pelajar seperti pengajaran,nilai murni dan sebagainya.  •Maklumat Buku teks digunakan sebagai sumber maklumat berkenaan mata pelajaran atau dalam sesuatu bidang yang tertentu.